PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

         Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari lepas
lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National Association for The Education of
Young Children (NAEYC, 2011) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak
Muda, Pendidikan awal kanak-kanak (early childhood education) merujuk kepada segala program
pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak sejak lahir hingga
ke umur lapan tahun. Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia merujuk kepada program-
program yang disediakan untuk kanak-kanak yang berumur sejak lahir sehingga lapan tahun


termasuk jagaan di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah atau sekolah rendah. Program
seumpama itu dikendalikan oleh pelbagai institusi yang berbeza-beza.

             Morrison (2011), mentakrifkan pendidikan awal kanak-kanak sebagai program yang
menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak dari usia sejak lahir hingga ke usia lapan tahun
samada program secara separuh atau sepenuh masa di pusat, rumah, institusi, tadika dan sekolah
rendah. Pendidikan Awal Kanak-kanak pada masa kini, memberi penekanan kepada kepelbagaian
kanak-kanak, amalan bersesuaian perkembangan, perhatian kepada kanak-kanak berkeperluan
khas di samping keperluan memenuhi standard pencapaian seperti yang digariskan oleh NAEYC.

            Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awalAbdullah Nashih Ulwan (1996)
dalam penulisannya yang terkenal iaitu Tarbiyatu’l-Aulad fi’l-Islam (Pedoman Pendidikan Anak
dalam Islam) menjelaskan tangungjawab terbesar bagi para pendidik terdiri daripada tujuh iaitu
tanggungjawab Pendidikan Iman, tanggungjawab Pendidikan Akhlak(Moral), tanggungjawab
Pendidikan Fizik, tanggungjawab Pendidikan Intelektual, tanggungjawab Pendidikan Psikologi,
tanggungjawab Pendidikan Sosial dan tanggungjawab Pendidikan Seksual.

              Menurut Abdullah Nashih Ulwan (1996) lagi, ibu bapa dan pendidik bertanggungjawab
mencorakkan kehidupan anak dengan memberikan pendidikan yang sempurna dan sewajarnya.
Ibu bapa juga merupakan teladan kepada anak-anak. Apa yang dilakukan oleh ibu bapa, bakal
menjadi ikutan mereka dalam proses pembentukan tingkah laku dan keperibadian diri. Dalam hal
ini, Imam Al-Ghazali (1996) turut bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa anak
merupakan amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Tanggungjawab ibu bapa amat besar dan
seharusnya dilaksanakan dengan sebaiknya.

             Kini, kebanyakan ibu bapa semakin ramai menghantar anak-anak mereka ke taman asuhan
sejak dari awal usia lagi, ekoran kesedaran terhadap kepentingan pendidikan awal kanak-kanak
selari dengan bertambahnya golongan wanita yang bekerjaya. Kebanyakan ibu bapa yang
bekerjaya, meletakkan tanggungjawab menjaga, mengasuh dan memberi pendidikan kepada
orang lain atau pengasuh serta guru di pusat-pusat asuhan, jagaaan dan didikan seperti taska dan
tadika. Justeru itu, pendidikan awal kanak-kanak wajar diberikan perhatian serius khususnya
kandungan kurikulum yang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.


Sumber:
KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN MODUL PENDIDIKAN AKHLAK : ISU DAN CABARAN MASA KINI (PDF Download Available). Available from: https://www.researchgate.net/publication/303381860_KURIKULUM_PENDIDIKAN_AWAL_KANAK-KANAK_DAN_MODUL_PENDIDIKAN_AKHLAK_ISU_DAN_CABARAN_MASA_KINI

Comments

  1. mr pedro dan dana investasinya membantu saya mencapai pendanaan proyek saya dengan pengembalian 2 tingkat sebagai imbalan atas jumlah pinjaman 500,000.00 euro untuk membiayai proyek saya dan itu sangat cepat dan aman jadi saya akan menyarankan siapa pun di sini yang mencari pinjaman atau investor untuk menghubungi mr pedro di whatsapp:+1-863-231-0632 email: pedroloanss@gmail.com terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni memang makin ramai ibu bapa yang menghantar anak ke tadika/ taska pada usia yang lebih muda.

    ReplyDelete

Post a Comment